Из-за периодической блокировки нашего сайта РКН сервисами, просим воспользоваться резервным адресом:
Загрузить через dTub.ru Загрузить через ycliper.com Загрузить через ClipSaver.ruУ нас вы можете посмотреть бесплатно UMT @15/02/2025 | Montaj Peluncuran KTP Khas Kelulut Pangkor или скачать в максимальном доступном качестве, которое было загружено на ютуб. Для скачивания выберите вариант из формы ниже:
Роботам не доступно скачивание файлов. Если вы считаете что это ошибочное сообщение - попробуйте зайти на сайт через браузер google chrome или mozilla firefox. Если сообщение не исчезает - напишите о проблеме в обратную связь. Спасибо.
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐍𝐂𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐍𝐎𝐖𝐋𝐄𝐃𝐆𝐄 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐄𝐑 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 (𝐊𝐓𝐏) 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐔𝐒𝐀𝐇𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐋𝐔𝐓 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐊𝐎𝐑 15 FEBRUARI 2025 (SABTU) - Majlis Peluncuran Projek Khas Knowledge Transfer Programme (KTP) Program Keusahawanan Kelulut Masyarakat Madani Pangkor telah berlangsung dengan jayanya dan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd. Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi. Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berperanan sebagai rakan strategik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dalam menjayakan projek ini. Semasa peluncuran, YB Menteri mengumumkan perancangan untuk membangunkan Galeri Ternakan Kelulut yang bakal berfungsi sebagai pusat bagi pengumpulan produk komuniti serta memperkenalkan keunikan dan warisan Pulau Pangkor. Beliau juga menyentuh potensi projek pemindahan ilmu lain seperti Projek Penternakan Ketam Nipah dan Ketam Kulit Lembut, Projek Pemuliharaan Penyu, Projek Ekopelancongan dan Projek Penternakan Ikan Buntal yang berupaya memperkasakan masyarakat serta meningkatkan daya saing sektor pelancongan di Pulau Pangkor. Turut hadir ialah Tuan Muhammad Faizal Shah Safian Suri, Yang Dipertua MPM bersama YDh. Toh Seri Bijaya Lt. Kol (B) Dato’ Shaharudin Haji Nazari, Orang Besar Jajahan Manjung; Tuan Shamsul Ridzuan Idris, Pegawai Daerah Manjung; Tuan Haji Mohd Rafiq Haji Mohd, Pegawai Khas YAB MB DUN Pangkor; Puan Farizah Mohamed Yusof, Pengerusi Puspanita Daerah Manjung; YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi; YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi; YBrs. Profesor Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod, Pengerusi Lembaga Pengarah UMT; YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, Naib Canselor UMT dan warga komuniti Pulau Pangkor. Sumber: Majlis Perbandaran Manjung