Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб City Hunter | Treler Rasmi | Netflix в хорошем качестве

City Hunter | Treler Rasmi | Netflix 1 месяц назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса savevideohd.ru



City Hunter | Treler Rasmi | Netflix

"City Hunter", komik terkemuka yang terjual sebanyak 50 juta salinan dan mencipta sensasi, akhirnya diadaptasi menjadi aksi langsung di Jepun! Protagonis terkenal yang sentiasa tenang tetapi bersemangat waja ini muncul di Shinjuku zaman moden, Tokyo. Ryo Saeba merupakan seorang "tukang sapu" dari Shinjuku, Tokyo yang membersihkan masalah di dunia jenayah yang kucar-kacir. Dia seorang kaki perempuan yang mudah teruja apabila melihat wanita cantik, namun apabila menerima sesuatu tugas, dia melaksanakan tugas itu dengan kemahiran menembak yang tepat, tahap kecergasan yang tinggi dan sikap yang tenang. Watak Ryo yang tidak gentar, lucu dan suka bermain cinta dilakonkan oleh Ryohei Suzuki, manakala heroin Kaori Makimura dilakonkan oleh Misato Morita. Rakan Ryo, Hideyuki Makimura dilakonkan oleh Masanobu Ando sementara Saeko Nogami, detektif jelita yang mempunyai hubungan rumit dengan Ryo, dilakonkan oleh Fumino Kimura. Sertai Ryo, Kaori dan Hideyuki di jalanan sibuk Shinjuku zaman moden tatkala kisah asal usul "City Hunter" diungkap. Filem Netflix "City Hunter" mula ditayangkan di seluruh dunia pada Khamis, 25 April 2024, hanya di Netflix! #FilmCityHunter, #CityHunter, #RyoheiSuzuki, #MisatoMorita, #MasanobuAndo, #AsukaHanamura, #FuminoKimura, #TsukasaHojo, #GetWild, #TMNETWORK, #Netflix Melanggan di: https://bit.ly/39caHHE Perihal Netflix: Netflix merupakan salah satu perkhidmatan hiburan yang terulung di dunia dengan lebih 260 juta keahlian berbayar di lebih 190 buah negara, menikmati siri TV, filem dan permainan yang menghiburkan merentasi pelbagai genre dan bahasa. Ahli boleh memainkan, menjeda dan meneruskan tontonan mengikut kemahuan mereka, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Mereka juga boleh menukar pelan mereka pada bila-bila masa.

Comments